Friday, July 31, 2015

Salam Jumaat


Salam 1 Jumaat uols... 



Banyak perkara2 sunat yg boleh kita buat harini...

Amalkan mudah-mudahan diterimaNYA,,, :)



Friday, July 24, 2015

PETUA KULIT BERSERI



1. Tidur menggunakan bantal bersarung sutera.


Kebanyakan kita menghabiskan tujuh hingga lapan jam setiap malam untuk tidur dalam kedudukan yang tidak disedari boleh menyebabkan kulit berkedut.



Boleh dikatakan semua orang tidur di atas bantal bersarung kain kapas, menggesel bahagian kulit muka yang lembut dan leher ketika tidur.



Perkara ini menyebabkan kemunculan garisan kekal pada kulit muka.
Justeru, bertukar segera kepada sarung bantal jenis sutera.


Ia membantu mengurangkan geseran pada kulit bagi mengelakkan wujudnya garisan pada kulit setiap kali bangun tidur. Malah, fabrik berkenaan juga tidak menyerap lembapan dari kulit.


2. Lakukan lulur dua kali seminggu.

Mungkin ramai daripada kita sering mengabaikan langkah ini dalam penjagaan kulit wajah kerana menganggap ia remeh untuk dilakukan.

Lazimnya, sel kulit mati melekat pada permukaan kulit, menyebabkan ia kelihatan pudar dan meninggalkan rasa kasar.

Lulur muka dan leher dengan bahan penyental yang lembut dua kali seminggu selepas membersihkan muka. Cara ini dapat menanggalkan sel kulit mati dan membantu merangsang penghasilan kulit yang baru.

Sebaiknya, pilih bahan penyental muka yang mengandungi manik halus dan elakkan daripada menyental wajah terlalu kuat. Pergerakan secara membulat dengan lembut sudah memadai.

3. Elakkan mandi terlalu lama dengan air suam.

Memang seronok jika dapat mandi di bawah pancuran air suam dalam tempoh masa lama.

Namun, tahukah anda bahawa air suam boleh menghilangkan minyak semula jadi yang terdapat pada kulit menyebabkan proses nyahhidrat atau dehidrasi (kehilangan lembapan).

Apabila kulit mengalami proses nyahhidrat, kedutan mudah terbentuk. Cuba mandi dengan air sejuk kerana ia bukan saja satu cara untuk menyegarkan tubuh selepas seharian bekerja, malah ia juga menjadikan kulit lebih sihat.

4. Sapukan krim tabir suria sepanjang hari.

Pendedahan berlebihan kepada sinar UV boleh menyebabkan kulit tampak kasar.

Justeru, penting untuk menyapu semula pelindung UV pada kulit kerana krim disapu pada muka sebelum bergerak ke tempat kerja tidak lagi berkesan selepas keluar makan tengah hari.

Sinaran matahari hanya mengambil masa 15 minit untuk menyebabkan kerosakan kekal pada kulit dan disebabkan itu, kita harus sentiasa bersedia.

Gunakan tisu basah penanggal mekap untuk membersihkan muka dan sapu semula krim tabir suria pada muka serta leher. Jika boleh, elakkan terkena sinaran matahari pada waktu paling terik iaitu bermula dari jam 11 pagi hingga 4 petang.


Wednesday, July 15, 2015

Yeayy !!! Balik kampung



Kemain memasing update status nak balik kampung penuh wall facebook. 
Mood Balik Kampung dah datang. Confirmlah hari ni jalan raya penuh sesak kan. Jangan lupa rancang perjalanan korang pulang ke kampung. Yang penting check dulu kenderaan tu, dah servis ke belum? Pastikan cukup tidur okay kalau nak drive tu.




Rumah nak ditinggalkan seminggu bercuti kena pastikan semua pintu dah berkunci, suis plug ditutp dan gas jangan dibiarkan terbuka. Jangan fikir nak balik kampung je, keselamatan kena fikirkan jugak tau! Seronoknya balik kampung. Mesti tak sabar nak sampai kampung kan. Ye tak? Korang balik mana? Utara ke selatan ke pantai timur ke..

"Kata2 credit to Azhafizah k"

Betol apa yg akak nie kata... jgn asyik seronok nak balik beraya habis semua dilupakan... jgn nnt datang menangis x berlagu pulak... 


Haisyhhh x sabar nak tggu hari esok... Yela nak balik kampung... Ahaks... So semoga perjalanan kita selamat pergi selamat balik... XOXO


Sunday, July 12, 2015

Ramadhan



25 Ramadhan

Kejap je kan kita puasa tahun nie... pejam celik pejam celik dah tggl lagi 5 hari nak raya...

Mesti sekarang tgh sibuk buat persiapan raya kan... 

Baju raya la

Kuih Raya la

Tudung Raya

Kasut Raya

Mercun.... 

Eh mercun ada jgk ke prepare... Alaa yg bunga api mcm kt bawah nie x pe kan... hehe


Credit to pakcik google

Klau main nie... mesti kelam 1 kampung penuh dgn asap dia... Ahaks... 

klau abg polis lalu... Habis lari anak2 jiran takut kne tgkap main mercun...

Rindunyaaaa~~ 

Emm sedih pulak dgq lagu Siti nie... Almaklumla duduk jauh dari kampung...

Balik kampung pon skali2 je... Sedih...

 Nasib ada Whatsapp boleh la berwassap dgn Mak 

Wah x sabarnya nak balik kampung...





Saturday, July 4, 2015

Tips Kecantikan



1.    Minum banyak air
- Bukan air coke atau air berperisa seperti kopi dan teh tapi air suam atau air mineral! Dengan minum banyak air bersih dapat membantu membuang toksin dalam badan, menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan. Senang bukan?



2.     Bersenam
- Baik utk kesihatan..elok utk rohani! Berjalan di sekitar rumah pun satu bentuk senaman yg mudah! Jgn malas utk bersenam...lepas bangkit tidur, cuba lakukan sedikit senaman regangan utk melancarkan kembali peredaran darah.



3.    Jangan merokok. 
-  Merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan. Semua orang tahu tu..jadi kenapa nak merokok? Nak kuruskan badan? Kurus sebab merokok hanya kerana badan kita dah berpenyakit, jadi kuruslah! Jika org memilih antara sihat dan berpenyakit..pasti org lebih nak sihat, kan?



4.    Tidur yg cukup
- Jgn asyik berjaga waktu malam...tak elok tu. Waktu malam kan dikhaskan utk tidur?Tak cukup tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.



5.    Rehatkan kulit tanpa sebarang mekap
- Pada waktu tertentu, benarkan kulit anda berehat dari memakai sebarang mekap. Kulit juga perlu bernafas! Jgn biarkan sisa2 mekap melekat di muka ketika masuk tidur. Rajin-rajinlah cuci muka. Kat rumah..tak payahlah sapu itu ini...cukuplah dgn wajah yg bersih



6.    Makan yg cukup tapi bukan berlebihan. 
- Jgn sebab nak kurus, anda rela berlapar setiap hari.Cara yg baik, makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yg diperlukan badan tetapi jeling-jelinglah makanan anda. Pastikan ia menu sihat dan bukan penuh lemak atau junk food dan fast food semata-mata.


7.     Manjakan diri
-  Luangkan masa utk memanjakan diri seperti membuat facial atau mencuci rambut di salun, sauna dan spa atau nikmati saja mandian buih di rumah! Tak semestinya di salun..anda juga boleh memanjakan diri dengan melakukan sendiri di rumah.Jika rajin..cari pelbagai jenis bunga yang wangi dan lakukan sendiri mandian bunga. Bunga dikatakan mempunyai energi tersendiri untuk mencantikkan tubuh badan.



8.    Elakkan stress. 
-    Stress mempercepatkan proses penuaan. Nikmatilah muzik lembut di kamar bagi meredakan ketegangan.



9.    Don't worry, be happy. 
- Anggap diri anda hebat dan cantik, pasti anda akan kelihatan hebat!! Jika kita yakin dengan diri kita, tentu penampilan kita pun cantik!




10.    Ketawa penghibur duka
- Jadi ketawalah apabila bergurau senda dgn famili atau kawan2.Jangan memoyokkan diri atau menarik muka masam. Anda hanya menambahkan kedutan di muka.